Saturday, January 30, 2010

Demokrasi kampus kian terkikis


Sebut sahaja demokrasi kampus, terbayang di dada kita bahawa ia berkaitan dengan pilihan raya kampus. Tapi itu hanya pemikiran yang terlalu sempit mengenai demokrasi. Demokrasi merupakan kuasa mahasiswa atau "students power" dimana pemimpin mahasiswa dipilih daripada pilihan mahasiswa bukannya pilihan atau percaturan golongan tertentu. Tahun 2010 merupakan kemusnahan demokrasi kampus kian menular di seluruh IPTA malaysia. Di dalam kampus, terdapat dua pertubuhan yang utama iaitu Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa. Ramai berpendapat Pro-A merupakan calon tajaan HEP dan BN, adakah ia benar? Manakala Pro-M pula merupakan "front" kepada Pakatan Rakyat, adakah ia juga benar? Ramai mahasiswa melabel kedua-dua pertubuhan ini kepada parti-parti politik di Malaysia. Saya nak ambil pandangan Timb. Menteri Pengajian Tinggi, dia membuka ruang kepada mahasiswa memberi pandangan dan tidak harus menyekat hak kebebasan sebagai mahasiswa. Beliau menambahkan lagi, politik di kampus jangan di campur adukan dengan politik luar. Itu lah yang dikatakan beliau. Saya bersetuju dengan pandangan beliau, kita sebagai mahasiswa berhak keatasan kebebasan berpolitik di kampus tetapi tidak mencampur adukan dengan politik. Pilihan Raya Kampus (PRK) sudah dijalankan. Tetapi masih ada kecelaruan dan kepincangan keputusan PRK. Bermula di UPM, pada 26 januari 2010 telah dilaksanakan pembuangan undi secara e-voting. Untuk pengetahuan anda,UPM sudah lama menggunakan sistem e-voting. Adakah ia berkesan? Adakah ia betul-betul menjamin kepuasan kedua-dua belah pihak? Kita ketepikan sistem e-voting. Isu sekarang adalah kemenangan dikekalkan oleh Pro-A dan mendapat majoriti yang lebih besar pada kali ini. Pro-A mendapat 37 kerusi manakala Pro-M mendapat 11 kerusi. Tetapi apa yang berlaku 7 kerusi Pro-M dibatalkan kemenangan atas alasan berkempen melalui facebook. Kemudian, percanggahan pendapat antara NC dengan Jawatankuasa pemilihan(JKP) dimana NC sendiri menarik balik pembatalan kemenangan tetapi JKP tetap setia dengan keputusannya. Ini menunjukkan demokrasi kampus mula dilacurkan pihak universiti. Tahun ini sahaja berlaku ketidakadilan pihak universti terhadap calon pro-M bukan sahaja di UPM tetapi di UM dan UKM.

Sunday, January 3, 2010

Ziarah Kasih di Ambang Tahun Baru



Asssalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin memohon beribu kemaafan atas kelewatan meng"update"kan blog ni. Pada tanggal 31 Disember 2009, saya dan beberapa rakan kolej 10 serta ahli PMIUPM pergi ke XPDC dakwah di KLCC. Pada mulanya bergerak ke Masjid Jamek, namun atas arahan Gamis, kami bergerak KLCC untuk membantu rakan di sana. Setelah tiba disana, saya rasa bertuah kerana ketua pemuda pas pusat, Ust Nasaruddin Tantawi turut sama dalam program itu. Tepat jam 10.30 malam, ust din memberi sedikit taklimat serta kata semangat. Lebih kurang pukul 11 malam, kami bergerak dalam kumpulan untuk mendekati mad'u. Bak kata ust din, kita ibarat doktor mereka adalah pesakit, rawatlah dengan cara lembut, jangan berkasar dengan mereka.
Bagi ini sudah tidak menjadi masalah, kerana saya sudah biasa membuat kerja dakwah. Bagi adik2, mungkin ini pengalaman yang baru buat mereka. Tugasan kami adalah berkenalan dan mengedarkan risalah dakwah. Saya mungkin rasa kekok dengan mad'u yang lebih dewasa daripada saya. Tetapi saya rakan berbual-bual adik2 mad'u dengan baik. Mereka menyambut kedatangan kami baik. Mereka tidak rasa meluah dengan kehadiran kami. Alhamdulillah banyak mad'u yang sempat kami temui. Ekspidisi tamat jam 12.15 malam, kami berkumpul semula di tempat asal yakni di masjid as-syakirin. Ust din, mengucapkan tahniah atas kejayaan program ini. Majlis diakhiri dengan laungan gema takbir. Allahuakbar!

Monday, November 9, 2009

Selamat berjaya!


“Macam mana ni,peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..”

“Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”

“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…”


Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar.

Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.

Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.

Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)

Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.

Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.

Tuesday, October 6, 2009

Ukhwah Antara Sahabat

MACAM NAK LAHIR GENERASI YANG MAMTAP... BINA UKHWAH DARI KELUARGA... INSYAALLAH... BERKEKALAN...


Nak Elak Mengumpat...
www.iluvislam.com
Oleh : mia effa
Editor : naadherah



Dalam hidup seharian,kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..

Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan..dikalangan lelaki pun apa kurangnya?

Maaf kaum lelaki,inilah kebenaran.Tapi cuba kita renungkan bersama..Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat,tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat...

Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu..bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang hamba Allah tu.

Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati..Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan???

Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni,tapi cerita..orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa..macam garam dan gula pula..tapi kita sedar tak,perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.

Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri.MasyaAllah,sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!

Walaubagaimanapun pun,kita adalah hambaNya yang lemah.Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan,bukan nak buruk-memburukkan.

Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya,siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?

Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..

1)Bila berkumpul dengan kawan-kawan..

dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.

Masa tu,kalau dah bersama,mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.

Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.

Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.

Masing-masing ada kekurangan.Cepat-cepat istighfar,sambil tu tegurlah kawan sama..Kalau tak dapat juga..sebaiknya kita pergi dari situasi ni.

2)Bila yang nak jadi moderator 'umpat2' tu kawan baik kita sendiri..

Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?

Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni..sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.

Tak payah lah cerita semuanya,tapi cuba fikir..rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga,lebih dari sepuluh?dua puluh?..jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang,sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.

3)Bila yang nak ajak mengumpat tu 0rang seni0r dari kita..

tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?

Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.

.sambil dia lafaz bait-bait mengata tu,kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.

Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas,supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya.InsyaAllah!

4)Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..

dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat,Jom ambil wudhu secara Tertib.

Masa nak kumur2 tu,bacalah doa.Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa..InsyaAllah.

Semoga dengan itu,segala niat buruk tu terbatal sendiri.

5)Kalau kita selalu terlupa tentangNya,apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat.Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?

Jadi..sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya..dengar bacaan alQuran ke..nasyid ke.

Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak..dah koyak ke..atau tersangkut kat mana-mana..

Sebab tu kita ada dua telinga..sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..

6)Bila nak mengata orang tu..cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu..agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..

Bila diumpat, boleh pula beri hadiah..siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan,paling tidak pun..mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.

Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita..bila kita diumpat,tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat..ada yang nak bagi pendapat.supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.

Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...

7)Terakhir,Minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.Semoga dengan nikmat air tu,kita akan ringan untuk memujinya.

Banyak lagi tips yang ada..tapi semuanya bergantung pada niat.Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur..setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi. Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca..

Saturday, August 15, 2009

Seusai Forum Bicara Aqidah

Salam rindu dan sayang untuk sahabat yang dikasihi... Segala pujian bagi Allah SWT dan junjungan besar nabi Muhamad SAW.. Perjuangan sering acapkali diungkapkan oleh sesiapa.. Namun konsep dan ideologinya masih lagi belum dihadam penuh... Dalam apa-apa perbuatan kita, mesti ada sikap perjuangan berterusan.. Anda setuju? Bagi saya, itulah perkara yang penting.. Contohlah, nak main bola sepak pun kena perjuangan, main muzik pun kena ada perjuangan kan? Bahkan pula, dalam kerja islam pun kena ada perjuangan... Sebenarnya saya tulis pasal aqidah... Dah terpesong pasal perjuangan.. Aishh, jangan silap, nak dapat aqidah yang kukuh kenalah ada perjuangan jugak kan? Tadi saya dan beberapa rakan pergi ke forum bicara aqidah, banyak input saya dapat simpulkan.. Pertamanya saya bersyukur dan berbangga dengan rakan saya, sanggup datang ke forum walaupun dalam hati diorang ada banyak nak kena setel lagi.. Biasalah budak kolej 10 ataupun budak engineering, banyak assignment perlu setel... Tapi saya tetap 'tabik spring' kat budak first year sanggup datang ke forum macam tu.. Kepada rakan seangkatan dengan saya ribuan terima kasih kerana sudi datang temani diri yang lemah ini... Kepada Ahmad, 'tabik spring' jugak, berani bawak moto walaupun tak lesen moto, hehehehe. Ingatkan tak berani dengan pak guard, rupanya lebih berani dari aku.. Ishh, ni yang tercabar.. Aduhhh, tersasar dengan tajuk lagi... ok lah.. Apa yang saya dapat simpulkan dari forum... Aqidah merupakan sebagai tali kita dengan pencipta... Siapa pencipta kita, Sudah tentu Allah... Cara mana kita "ikat" dengan Dia? Sudah tentu agama Islam (Takbir!!!). Bukan agama lain seperti agama buatan manusia( contohnya, buddha,hindu,sikhism) .. Tapi agama kristian ada hubungan dengan Allah ka? Aishh, ni yang musykil nih... Agama sebelum islam pun ada "tali" dengan Allah( agama samawi), cuma agama kristian sekarang nihh, dan terpesong akidah, kerana menganggap "jesus" tu sebagai Tuhan.. Pelik betullah aku nih, anggap jesus sebagai tuhan.. Jesus tu pesuruh Allah... Issh, 'depa' wat pening kepala... Urrm, ahmad( nak puji cikit, dia dah setel forum menanti ramadhan, happy lah tu) ni kacau aku nak post blog, hilang abis idea.. tak palah nanti aku sambung len... K salam perjuangan sahabat sekalian... Akhir kalam, jom gi surau ramai2.

Wednesday, August 12, 2009

H1N1 makin meruncing..

Sehingga tarikh sekarang.. Seramai 40 nyawa telah melayang akibat H1N1... Keadaan negara mula dipersoal oleh orang awam.. Apakah formula terbaik sekarang untuk kita menghadapi keadaan seperti ini.. Adakah tutup semua IPT sudah cukup menangani masalah ini? Apa pun kita kena berbincang untuk atasi masalah ini.. Disamping kita menangani masalah ini,kita sebagai muslim dan melayu harus insytiharkan solat hajat perdana untuk memohon kepada Zat dan Asma Wa Sifat Yang Agung mengurangkan bala yang menimpa sekarang.. Mungkin kita terlupa bahawa kejadian penyakit, bala, banjir ini adalah ujian daripada Allah.. Ujian kepada semua mukmim tidak kira pemimpin, orang pertengahan dan orang awam.. Kita akan diuji pelbagai ujian.. Khas untuk perdana menteri baru, mungkin ujian ini menguji kepimpinan beliau. Manakah langkah terbaik tangani masalah ini? sebagai seorang pemimpin, tanggungjawab nya sangat besar... Ambil tahu masalah rakyat... Jangan mudah mengalah dalam memimpin... saya ambil kata-kata orang bijak pandai, umpama menarik rambut dalam tepung, tepung jangan berselerak dan rambut jangan putus.. Begitulah dalam kita hadapi masalah... Bijak hadapi masalah.. Berbalik kepada H1N1, kita semua bertanggungjawab ambil berat tentang masalah ini.. InsyaAllah, jalan penyelesaian pasti datang...

Kita hidup sebagai dai'e

Salam pembukaan kepada sabahat sekalian. Udah lama tidak update blog.. Terasa kekok nak tulis semula. Ya Allah, ampunilah hamba mu yang jahil ini. Bak kata pujangga "makin banyak belajar makin banyak benda kita tak tahu". Itu lah konsep orang selalu dahagakan ilmu.. Jangan mudah putus asa, atas ujian Allah. Seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi dia tak diuji. Mengapa kita perlu diuji? Persoalan itu sering bermain minda kita. Bak kata cikgu,"Kita kena hadapi ujian baru boleh tahu kita pandai atau tak" Setiap orang mempunyai yang ujian berbeza. Berbalik kepada konsep kehidupan, kita hidup sebagai dai'e. Apa itu dai'e? Banyak pendapat yang mengupas persoalan dai'e. Bagi pendapat saya, dai'e ialah pendakwah. Apa plak itu pendakwah? Pendakwah ialah orang yang mengajak kepada kebaikan. Sesetengah pendapat yang mendakwa dakwah sesuatu yang sempit. Contohnya, dakwah hanya untuk golongan lelaki dan di masjid. Kita kembali kepada sejarah, As-syahid Hasan al-bana. Beliau pernah pergi berdakwah di kelab malam. Kali pertama dia datang ke kelab malam. Dan kali kedua sudah menjadi majlis ta'lim. Begitu lah kehebatan pendakwah yang sering tidak putus asa. Akhir kata, " selagi kita mampu berdakwah, gerakkan kerja dakwah. Ada kala kita terasa pahitnya. Itulah sunnah berdakwah." Akhir kalam. Takbir!!!!