Saturday, February 6, 2010

Malam Valentine yang Malang...

Tersebutlah al kesah... Seorang lelaki yang bernama Jamil ( bukan nama sebenar) merupakan penuntut satu IPTA tempatan. Dahulu Jamil merupakan seorang budak yang selalu pergi surau.. Bak kata perpatah, dengar azan je dah nampak muka dia.. Jiwa dan raga tak lekang daripada surau. Selepas setahun, dia bermastautin di luar kampus. Bermakna dia sewa rumah beberapa rakannya yang lain. Tapi rakan-rakannya tidak seperti dirinya sendiri, mereka solat pun "lintang pukang". Kalau subuh tu, paham-paham jelah, syahid memanjang.. Nak dipendekkan cerita. Jamil mulakan jatuh hati terhadap perempuan ni. Nama dia Ummi Maisarah( MasyaAllah sedap nama tu). Lalu tangkap cintan si Jamil itu. Siang malam dengan lagu jiwang,. padahal lagu yang sama diulang2. Biasalah baru hangat bercinta. Sebelum ni tak pernah bercinta, al maklumlah dulu bekas sekolah agama. Cinta mereka makin berputik seperti kudup menghauskan air. Kalau hantar SMS, semua pakai ayat bunga. Syglah.. Manjalah.. B.. Ummi.. apa lagi, macam2 gelaran yang di panggil. Nak jadi cerita, hari valentine dah nak tiba, rakan2 Jamil mula menghasutnya membawa masuk perempuan ke dalam rumah. Pada mulanya, dia menganggap perkara itu hanyalah gurauan, tetapi rakan2nya telah mengajarkan teknik- teknik mengayat perempuan. Lalu Jamil mengahut cabaran rakan2nya. Tiba malam valentine, Jamil membawa si Ummi itu masuk ke dalam rumahnya. Rakan2nya semua keluar rumah, jadi tinggal Jamil dan Ummi. Jamil memulakan step pertama, duduk bersama di depan tv. Jantung Jamil berdenyut kencang. Si Ummi mulalah ghabra, lalu dia buat "krontol" lawa. Di saat syahwat memungcak. Dalam nak hampir terlanjur.. Tiba-tiba, pintu di ketok..
"tok!!!"
" Siapa?" tanya jamil.
"JAIS!" ujarnya.
JAIS! dalam hati jamil menangkap seribu penyesalan. Apa dia nak cakap kepada kedua ibu bapanya. Si Ummi pula, mula membayangkan kekesalan perbuatannya. Mereka menjadi serba salah. Lalu jamil berani kan diri. Dia berserah kepada Allah, walaupun apa yang berlaku. Kemudian dia membuka dengan hati yang hiba. Tiba- tiba, bukanlah JAIS( jabatan agana islam selangor) tetapi jais rakan lama jamil semasa sekolah menengah dahulu. Fuh! lega hatinya. Allah masih sayang kepadanya. Alhamdulillah..

*Pengajarannya
Janganlah menghampiri zina. kerna zina adalah seburuk-buruk jalan.
Dan janganlah sambut hari valentine.

Kisah bertujuan memberi kesedaran tentang bahaya valentine day.

Kisah di atas, tidak ada kena-mengena antara hidup atau yang mati..
sekian, wasalam...