Thursday, July 30, 2009

Masa cuti digunakan sebaik-baiknya


Tanggal 29 julai 2009, UPM mula tutup kampus kerana menyebaran wabak H1N1 yang menbimbangkan. saya tidak pasti berapa angka sebenarnya, tapi sejak dua menjak ni, wabak ini mula menular. Dan UPM mengambil langkah awal dengan awalkan cuti semester yang dijangka 15 Ogos ni. Tidak tertinggalan, saya sendiri turut berjangkit dengan virus ni, tapi Alhamdulillah, saya tidak tergolong dalam golongan itu. Mula2 nya virus H1N1 menyebar luas di UiTM yakni di Melaka. Kemudian UPM turut kena tempiasnya. Dan sekarang ini, UPSI tanjung malim mula isytiharkan cuti dan menutup kampus mereka. Di Malaysia juga, menyebaran virus mula tampak serius, pelbagai usaha Kerajaan menghalang penyebaran virus ini, namun makin ramai kes wabak H1N1. Adakah ini Ujian dari Allah? Ada kemungkinan, kerana bala Allah bukan terkena pada orang yang jahat, tapi seluruh umat manusia akan terkena. Berbalik konsep ketuhanan, mungkin ada hikmahnya. Allah akan uji hamba berdasarkan kemampuan mereka. Anggap itu sebagai ujian dari Allah. Kita berbalik kepada Allah, mungkin ini kifarah dari Allah apa yang lakukan menyalahi hukum Dia. Mungkin angkuh dengan kehebatan teknologi manusia, tapi kita tidak akui dan menyedari Kehebatan Allah.. Dia yang lebih mengetahui apa yang berlaku. Ayuh semua umat! kita kembali kepadaNya. Allah maha pemurah lagi Maha Pengampun..

Tuesday, July 28, 2009

Hargai Diri Sendiri, Terimalah org lain seadanya..

Salam perjuangan buat sahabat-sahabat yang dikasihi... Hidup ibarat kapal yang belayar di tengah lautan serba luas.. Kita yang membuat keputusan sendiri bukan orang lain.. Sekiranya keputusan itu dibuat atas hawa nafsu, maka terpesong lah dari destinasi sebenar.. Buatlah keputusan atas dasar iman, atas dasar akal yang tajam, atas dasar hati yang terbuka luas. Setiap orang mempunyai pendapat, memanglah pendapat seseorang berbeza-beza. Tapi kita kena terima pendapat orang dulu, barulah orang lain akan hormat pendapat kita.. Bak pendapat ulama' pun ada khilafnya.. Khilaf ulama' bukan menjadi sesuatu yang berat untuk kita especially orang awam. Ini kerana setiap berlaku ada hikmahnya... Berbalik pada diri sendiri, kita kena hargai diri sendiri, terimalah orang lain seadanya... pelayaran hidup mesti diteruskan.. Di hadapan ada ombak dan angin yang senantiasa menghalang kita, tapi kita tetap terus hadapi dengan tabah dan cekal serta bersama-sama berganding bahu mengharungi pelayaran yang sebentar sahaja....

Thursday, July 23, 2009

Kesan Tamadun Islam Untuk Dunia

Salam syukur kepada Allah, yang tidak putus-putus mengurniakan rahmat untuk seluruh umat manusia... Jangan lupa junjungan besar kepada Nabi Muhammad SAW yang beriltizam membawa Islam dan kesannya sehingga hari ini.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, pemerintahan khulafa' Ar-Rasyidin mula bertapak, Bermula Khalifah Saidina Abu Bakar As-sidik, dan berakhirnya pemerintahan Khalifah Saidina Ali.. Islam terus berkembang sehingga 2/3 dunia. Saya mengagumi dengan pemerintahan Umar Bin Abdul Aziz yang sebagai Khalifah yang zuhud. Bak ungkapan daripada Sufyan Al-Thauri, " Khulafa' Ar- Rasyidin selepas Rasulullah SAW ada lima orang . Mereka ialah Saidina Abu Bakar,Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan Umar bin Abdul Aziz". Islam terus berkembangan dan berakhirnya Pemerintahan Khilafa' di Zaman kegemilangan Zaman Uthmaniyah. Urm, tak tau tulis apa dah... Akhir kata salam perjuangan...

Friday, July 17, 2009

10 k dalam persahabatan




"Ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada PENGHUJUNG. Dicantum demi Cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya."

Di sini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai pendapat saya tentang persahabatan. Selama 19 tahun hidup di bumi Illahi ini, telah banyak perkara yang saya pelajari tentang kehidupan. Tentang keluarga, cinta dan persahabatan.

Namun, hari ini, saya hanya ingin berkongsi mengenai semua yang telah saya lalui sepanjang bersahabat dengan bermacam-macam jenis manusia. Setiap orang dianugerahi Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing-masing.

Begitulah sunnatullah. Begitu indah sekali aturan-Nya. Betapa adilnya Dia, menciptakan setiap benda secara seimbang.

Begitu juga halnya dalam persahabatan. Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang.

Setelah menimba pengalaman bersahabat dengan ramai orang, saya ingin membuat kesimpulan mengenai 10 'K' yang perlu dalam sesebuah persahabatan.



"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!"


10 K dalam PERSAHABATAN


* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan. Maaf kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi pendapat saya mengenai topik ini.

"Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?"

Wednesday, July 1, 2009

Selamat datang pelajar baharu!!!


Salam syukur kehadrat Ilahi yang Maha Kuasa Lagi Maha Pengampun... Terasa diri kerdil untuk menulis, kerana tidak seberapa mahir... Tetapi bak kata perpatah " Dimana ada kemahuan disitu ada jalan" Setiap manusia mempunyai akal yang sama. Jalan tarbiyahlah yang membentuk insan yang dikehendaki... Memastikan dae'i yang istimrar atau istiqamah, mestilah melalui kesusahan dan halangan berliku, kerna hidayah datang bukan menggolek, tapi perlu mendaki gunung yang yang belum tahu penghujungnya ditengah terik sinar mentari....

Bagi adik2 yang baru mendaftar UPM, tahniah kerana kamu semua pilihan Allah untuk melanjutkan pengajian IPTA... Salam perjuangan untuk muslimin dan muslimat, vanakam untuk kawan-kawan India, ucapan sayang Li hao ma untuk rakan-rakan Cina. Saya dah memahami perasaan adik2 sekalian, biasalah baru first jejak kaki kat upm.... memanglah first2 dulu, rasa gelisah, sedih, gembira.... Nanti hampa tau blajaq kat u... Mula2 tu semangat lah sikit kan... tapi kalau dah laptop, hmmmm, men pes SOkMo....

Tapi adik2 jangan binggung, takpa abg senior ada..... Kalau ada masalah calling2 hah...
Nak pinjam buku rujukan g lah bilik... Pandai2 hampa cari abang....
X palah, hidup jangan mudah mengalah, teruskan perjuangan. K arrr, x mau banyak celoteh. Nanti hampa bosanG plak....
akhir kata, teruskan perjuangan dalam kehidupan...
Tuhan Kita akan bantu kita SEMUA....
InsyaAllah, 3 hari errkkk... hehehhee lawak ja.



>> Pesanan dari PMIUPM

Thursday, June 18, 2009

Aurat-Aurat Wanita....


1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Friday, June 12, 2009

Siapa Jabir Ibn Haiyan?

Pengenalan

1. Seorang ahli kimia Islam pada kurun pertengahan dan lebih dikenali sebagai Bapa Kimia Moden. Max Mayerhaff menyatakan bahawa, beliau individu yang telah mencetus pembangunan kimia di Eropah.

2. Nama penuhnya ialah Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, atau kadang-kala dipanggil al-Harrani dan al-Sufi.

3. Mula mempraktikkan ilmu-ilmu perubatan dan kimia di Kufah pada 776 Masihi dan dilaporkan pernah menuntut dengan Imam Ja'jauh Sadiq dan Putera Ummayed Khalid Ibn Yazid.

4. Pada awalnya, dia telah mempraktikkan ilmu-ilmunya di bawah pemerhatian Barmaki Vizir semasa pemerintahan Khalifah Haroon al-Rashid, era Kerajaan Khalifah Abbasiyah.

5. Telah dikenakan tahanan rumah di Kufah, di mana dia meninggal di situ pada 803 Masihi.

Sumbangan-sumbangan

1. Memperkenalkan kaedah penyiatasan melalui teknik pencubaan kepada dunia Kimia, yang mana telah mempercepat perkembangan kimia moden.

2. Berjaya menyiapkan 100 buah karya, yang mana 22 daripadanya berkaitan dengan ilmu kimia.

3. Sumbangan terbesarnya adalah melalui kejayaannya menemukan prosedur-prosedur kimia yang sistematik seperti penghabluran, penyulingan, pengkalsinan, pemejalwapan dan penyejatan juga penghasilan beberapa peralatan baru dalam bidang ini.

4. Berjaya dalam pencapaian praktikalnya apabila berjaya menemui beberapa bahan mineral dan asid yang baru.

5. Bergiat aktif dalam usaha penyediaan pelbagai campuran kimia serta penghasilan kaedah-kaedah kimia yang baru. Beliau menjadi perintis kepada bidang sains gunaan atas kejayaannya dalam memperkenal beberapa proses baru dalam bidang tersebut.

6. Pencapaiannya dalam bidang ini termasuk penyediaan pelbagai jenis logam, pembangunan bahan keluli, pencelupan kain dan proses menyamak kulit, penghasilan kain kalis air, penggunaan mangan dioksida dalam pembuatan kaca, pencegahan proses pengaratan, pembuatan cat, gris, dan sebagainya.

7. Telah membangunkan ‘akua regia’ bagi melarutkan emas.

8. ‘Alembic’ adalah ciptaannya yang telah memudahkan proses penyulingan dijalankan dalam keadaan yang sistematik.

9. Berjaya mengelaskan bahan-bahan menjadi tiga kumpulan; bahan yang mengewap ketika dipanaskan, bahan logam dan bahan-bahan yang boleh ditukar kepada serbuk.

10. Menulis kitab-kitab kimia yang masyhur, antaranya Kitab-al-Kimya, dan Kitab al-Sab'een yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan pelbagai bahasa lagi di benua Eropah. Hasil karyanya amat terkenal di Eropah untuk beberapa abad dan telah telah mempengaruhi evolusi kimia moden.

11. Memperkenal beberapa terma saintifik baru seperti Alkali.

12. Berjaya memperkenalkan teknik penyediaan asid buat kali pertama; asid nitrik, asid hidroklorik, asid sitrik dan asid tertar dan juga berjaya menekankan konsep sistematik dalam proses-proses eksperimen.